Dalam keadaan cuaca panas tidak menentu
ini, kita kerap mengalami kekeringan di bibir. Kadang-kadang bibir kering jadi
merekah hingga menimbulkan rasa tidak selesa. Atasi rekahan di bibir dengan
minum air kelapa muda yang di campurkan dengan kuning telur dan sedikit madu
lebah. Amalkan minum sekali dalam sehari dan nantikannya hasilnya.
Monday, 5 May 2014
Sunday, 4 May 2014
PETUA ELAK ANAK BERCACING
Petua elak anak bercacing.
Masalah cacing terutamanya pada anak
merisaukan ibu. Cara mengatasinya adalah dengan mengambil sebiji betik dan tumbuk
lumat. Kemudian bancuh dengan sedikit air dan minum. Amalkan setiap hari selama
seminggu untuk membunuh cacing dalam perut. Agar lebih mudah kunyah sahaja biji
betik dan telan. Tapi ibu mengandung tidak boleh memakan biji betik kerana
boleh menjejaskan kandungan.
Saturday, 3 May 2014
PENAWAR SAKIT GIGI
Penawar sakit gigi
Sakit gigi memang satu keadaan yang
menyeksakan. Jika anda mengalaminya bolehlah diamalkan petua ini sebelum
mendapatkan rawatan seterusnya. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air
suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan sehingga rasa sakit hilang. Boleh
juga makan buah belimbing buah bersama sedikit garam untuk mengurangi rasa
sakit gigi.
Friday, 11 April 2014
MENGEKALKAN RAMBUT HITAM
Rambut Kekal Hitam
Mengidamkan rambut kekal
hitam? Caranya adalah menggunakan bunga tebu hitam. Masak bunga tebu hitam dengan minyak hitam. Sapukan minyak ini
pada rambut.Ia membantu rambut kekal hitam atau dalam erti kata lain mengelak
rambut daripada beruban.
Subscribe to:
Posts (Atom)